Bukan mudah untuk menjaga menjaga sesuatu
perhubungan jika cinta tidak dibaja dan dipupuk betul-betul. Oleh itu, sentiasa
elakkan diri dari melakukan sesuatu yang merenggangkan rasa cinta di hati
masing-masing.
1. JANGAN membandingkan si dia dengan jejaka atau gadis lain
terutamanya
bekas kekasih kamu.
Jangan sesekali cuba membandingkan si dia dengan orang lain terutamanya
dengan bekas kekasihmu. Mungkin dia tidaklah sehebat yang ‘lama’, namun
perbandingan ini akan membuatkan dirinya merasa rendah diri dan tercabar. Jadi,
terimalah si dia seadanya kerana dia mungkin mempunyai kelebihannya tersendiri.
2. JANGAN sesekali berbohong ataupun menyimpan rahsia
Sifat jujur amat dititikberatkan dalam sesuatu perhubungan. Oleh
itu, jangan sesekali cuba berbohong atau berahsia dengan pasangan anda dalam
apa hal sekalipun. Jika sekali anda berbohong, kepercayaan antara satu sama
lain akan pudar. Sikap curiga pula akan menghantui diri dan memburukkan
perhubungan anda. Maka, amalkan sikap terbuka dan berterus-terang sesama anda.
Ingat, “Honest hearts produce honest actions.”
3. JANGAN lupa hari penting dalam hidupnya.
Jangan jadikan sikap pelupa dan tidak endahmu dalam mengingati
hari-hari istimewa si dia memudarkan rencah perhubunganmu. Rasanya tidak sukar
untuk anda mengingati setiap tarikh-tarikh penting itu. Hanya bulatkan di
kalendar atau membuar ‘reminder’ di handphone anda, kan? Mungkin ramai lelaki
yang tidak ambil kisah, namun sekadar sekeping kad ucapan atau kiriman bunga
pasti menguntum senyum di bibirnya.
4. JANGAN memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan
pertengkaran.Andainya timbul perselisihan atau pertengkaran dalam perhubungan,
tidak salah jika anda beralah. Selesaikan ketidaksefahaman ini dengan tenang
dari hati ke hati. Jika si dia masih ‘panas’, tunggu masa yang sesuai untuk
berbincang dan menyelesaikan masalah ini agar perhubungan tidak tergugat.
5. JANGAN cuba untuk mengongkong atau menyimpan perasaan cemburu .
Sikap cemburu yang membabi-buta kadang-kala akan menghancurkan
sesuatu ikatan. Siapa kata ‘cemburu’ tidak perlu, tetapi biarlah berpada!
Usahlah terlampau cemburu sehingga mengongkong dirinya yang akan membuatkan si
dia sakit hati dan bosan.
6. JANGAN berpura-pura tidak mempercayainya ataupun menguji setebal mana
cinta si dia terhadap kamu
Usahlah keterlaluan dalam menguji cintanya terhadap dirimu. Tak
salah jika anda ingin menguji kesetiaannya atau kedalaman cintanya terhadapmu,
namun sikap ini mungkin memakan diri. Si dia mungkin sukar menerima jika kamu
langsung tidak mempercayainya.
7. JANGAN menunjukkan perasaan bosan dengan apa yang dilakukan
Cuba tunjukkan sedikit kamu terhadap apa yang dilakukan oleh
pasangan anda walaupun ada bosan. Ini merupakan tanda sokongan anda terhadap
minat atau hobinya. Contohnya, si dia suka merupakan seorang ‘kaki bola’. Apa
kata , anda cuba meluangkan masa menemaninya menonton perlawanan bola sepak di
TV atau di stadium. Pasti si dia amat menghargainya dan sesambil itu boleh
‘menayang’ anda pada teman-temannya, kan?
8. JANGAN lakukan perkara yang sama setiap kali keluar ‘berdating’
Cuba lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama.
Jika asyik keluar makan dan menonton wayang sahaja, lambat-laun akan terbit
perasaan jemu pula. Try to search for new and unusual things to do.
Contohnya, bermain bowling, menaiki ‘roller-coaster’ ataupun berkelah.
Anda juga boleh membuat aktiviti berkumpulan yang mana mungkin akan lebih
menyeronokkan, bukan?
9. JANGAN melontarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya.
“The tongue is more to be feared than the sword”. Wah, anda
perlu berhati-hati dengan setiap patah perkataan yang anda lafazkan. Cuba kawal
diri anda sesama bertengkar dengannya. Jangan menghina dirinya dengan ayat yang
boleh menyinggung hati dan perasaannya. Bak kata pepatah lama, “terlajak
perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya!”
10. JANGAN menjatuhkan air mukanya.
Elakkan melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan air
mukanya. Mungkin anda tidak sengaja atau sekadar mahu bergurau, tetapi pastikan
gurauan anda kena pada tempatnya. . Kadang-kala, kita akan merasa lebih terluka
jika dimalukan oleh orang yang tersayang.
Posted in:
0 komentar:
Posting Komentar